Laman Perkongsian Ilmu
As....kum wbt dan salam 1 Malaysia... Terima kasih atas lawatan anda. Laman ini, memuatkan maklumat dalam bidang keilmuan serta kemahiran dari masa ke semasa. Sebarang perkongsian serta komen untuk penambahbaikan bersama amatlah diharapkan, dan disertai dengan ucapan jutaan terima kasih.
Senarai blog saya
Thursday, 22 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Kemahiran Membaca
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam
konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai
sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca
secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara
intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar
perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu
membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat
sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan
seperti yang berikut;
1. untuk
mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara.
2. untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara.
3. untuk
memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep.
4. untuk
mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya
seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
1. membaca pantas
2. membaca kritis
1. membaca pantas
2. membaca kritis
Untuk
membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning,
manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti
KWLH dan SQ3R.
KWLH adalah
singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas
dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik
pembacaan akan membolehkan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks
pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah
sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
|
Know (K)
Apa yang sudah diketahui? |
Want (W)
Apa yang hendak diketahui? |
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh? |
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? |
SQ3R
ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.
SQ3R
adalah singkatan bagi;
S (survey)
tinjau
Q (question)
soal/tanya
R (read)
baca
R (recite)
imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)
baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir
di bahagian-bahagian buku atau teks.
Question (soal atau tanya) ialah langkah
yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut
setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.
Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang
ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa
membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar
sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat
segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini.
Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan,
berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan
pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat
yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat
yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang
telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang
sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab
soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota
atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat
terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih
untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah
ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan
Scanning
Teknik
skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk
pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang
lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu
petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk
mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan
sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di
dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan
pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara
yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat
maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu
bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu
yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan
mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang
dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian,
pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam
konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan
bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan
kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka
kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus
yang dicari.
Friday, 16 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)








.png)
.png)





